Monday, December 31, 2012

Penyusuan Ibu: Pencegah hamil semula jadi

Jika anda baru melahirkan anak dan ingin menjarakkan kehamilan berikutnya,fikirkan tentang penyusuan badan.Rangsangan puting payudaraoleh hisapan bayi akan merembaskan hormon prolaktin yang mencegah ovulasi dan kehamilan tidak boleh berlaku.Lebih kerap bayi menghisap susu anda, lebih tinggi kadar prolaktinnya.

Kajian menunjukan ovulasi tertahan dalam ibu yang menyusu badan sehingga 44 minggu selepas bersalin berbanding purata 4 minggu di kalangan ibu yang memberikan susu botol kepada bayinya.

Malangnya ramai wanita ingin melengahkan kehamilan berikutnya tetapi tidak menyedari pekara ini. Pakar sakit puan sering memberi pil atau menyarankan kaedah lain. Ibu menyusukan bayi ini hanya memudaratkan diri kerana pil boleh menghalang penyusuan. Kajian mendapati pil pencengah hamil mengurangkan jumlah susus dan memendekkan tempoh penyusuan.
Ia juga  boleh mengubah komposisi susu ibu. Dr Laukaran dari Lembaga makanan dan permakanan,Akademi Sins Kebangsaan AS melaporkan susu ibu yang mengambil pil pencegah hamil menunjukkan penurunan ketara dalam protien,lemak dan galian.
Selain itu, pil itu juga diketahui mempunyai beberapa kesan sampingan sepeerti jantung,pembekuan darah,tekanan darah tinggi,gangguan hati, kanser payudara dan serviks.

Kajian menunjukan  kemungkinan ibu menyusu yang tidak mengalami ovulasi menjadi hamil adalah lebih kurang sama dengan keberkesanan pil pencegah hamil moden.Bagaimana risiko kehamilan lebih tinggi jika ovulasi berlaku dan haid dialami semula ,sekalipun ketika ibu masih menyusu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia  dan Akademi Sains Kebangsaan AS menyimpulkan bahawa dikalangan ibu yang menyusukan bayi"pengambilan pil pencegah hamil di peringkat awal mungkin memberikan 2 kali ganda perlindungan yang tidak perlu". Mereka menyarankan bahawa berdasarkan corak penyusuan dalam komuniti, pil pencegah hamil boleh di lewatkan pengambilannya  untuk mengurangkan kesan-kesannya ketika menyusu.

Jika pil pencegah hamil diperlukan dalam tempoh  4-6 bulan selepas baersalin,kaedah selain pil perlu diberikan.Dalam sebarang keadaan ,pil itu tidak seharusnya diberikan sehingga 3bulan selepas bersalin.Ini akan mengurangkan risiko kesihatan bayi.
Untuk menjadikan penyusuan lebih berkesan sebagai langkah mencegah kehamilan , ibu mesti menyusukan bayi sepenuh masa(iaitu bayi disusukan sekurang-kuranya 12 kali sehari).Kaedah penyusuan yang sering diamalkan disiniialah bayi hanya di susui 5kali sehari.Apabila terdapat tempoh yang lama antara menyusu,paras prolaktin yang tinggi tidak diambil tambahan dan makanan pejal,ia semakin kurang bergantung kepada susu dan keadaan kurang menyusu boleh mengurangkan paras prolaktin dan membenarkan ovulasi berlaku.
Pakar perancang keluaraga dan sakit puan perlu memikirkan setiap ibu sebagai berpontesi menyusukan sendiri bayi.


Kredit kepada Buku Susu Ibu jadikan anak pintar & sihat.

No comments:

Post a Comment