Thursday, January 10, 2013

Atasi Anak Meragam

IbuBapa perlu belajar teknik menagani bayi menagis

Menagis atau meragam sudah menjadi sifat semulajadi bayi yang normal.Kita tidak boleh mengharapkan anak kita sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibubapa pening menagani pelbagai karenah mereka.

Menagis juga adalah salah satu komunikasi bayi dengan penjaga kerana mereka masih tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata. 
Menjaga bayi menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak,ibu bapa boleh hilang sabardan ada yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sangup mendera anak sendiri.
Sebagai ibu bapa yang bertangunggjawab kita tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mergerti apa-apa.Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibubapa yang terbaik sekaligus memahami ragam anak-anak kita.

Panduan menagani bayi meragam dan menagis:


1. Bersikap tenang
Pekara terbaik yang boleh dilakukan ibubapa apabila anak meragam atau menagis ialah bersikap tenang dan bukanya memarahi anak dengan suara yang tinggi.Apabila tekanan dalam diri ibubapa meningkat,anak juga jadi bertambah tekanan ,menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan tercapai.

2. Periksa lampin bayi

Bayi menagis kerana pelbagai sebab,antaranya mereka tidak selesa apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka bariu saja membuang air besar.Jadi perika lampin anak anda dahulu,dan pastikan masalah bukan berpunca daripada lampin,jika Ya tukar lampin bayi.

3. Periksa lampin bayi

Kadangkala bayi menagis apabila dia berasa terlalu sejuk atau terlalu panas.Mungkin ibubapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk memastikannya .Sekiranya sejuk pakaikan bayi baju yang lebih tebal.Namun sekiranya panas cuba guna termometer bagi memerika suhu bayi.

4. Kembung perut

Bayi selalu megalami masalah kembung perut.Oleh itu ibu bapa perlu memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka mengalami masalah kembung perut ,Sekiranya benar sapukan minyak angin pada perut bayi bagi melegakannya.

5. Beri susu atau makanan bayi

Sekiranya semua pekara tiada pada bayi,kemungkinan besr dia lapar .Tawarkan minuman atau makanan pada bayi.Ibubapa perlu mempunyai jadual dan mengigati masa makan atau minum anak mereka.
Jangan ambil mudah kerana selain senang meragam akibat lapar,tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak mendapat zat yang cukup.

6. Bayi mengantuk

Bayi juga akan meragam dan menagis jika mengantuk.selalunya mereka hanya mahu didodoi oleh ibu atau bapa dan sebaiknya dipeluk, mereka tenang dan tidur dengan mudah.
Pelukan ibubapa bukan saja dapat menenagkan bayi,malahan ia mampu menyalurkan kasih sayang yang sangat diperlukan oleh bayi untuk membesar dengan sempurna.

7. Mahu bermanja

Adakalanya bayi hanya mahu didukung ,dipeluk,dilayan atau diberi perhatian penuh oleh ibunya. Bayi sememangnya manja dan mahu dibelai ibu.
Banyak kajian menunjukan belaian daripada ibubapa dapat meningkatkan sistem pertahanan bayi,membantu menstabilkan emosi,membantu selera bayi dan menjadikan anak mereka lebih ceria.

8. Alih perhatian bayi

Apabila anak menagis atau meragam tanpa dikenal pasti puncanya ,antara kaedah yang boleh digunakan ialah mengalihkan perhatiannya.
Ada kemungkinan bayi itu bosan justeru ibubapa perlu menghiburkan bayi mereka atau membawa merka bersiar-siar melihat sekeliling sambil berbual-bual dengan bayi supaya mereka rasa disayangi.

9. Ubah cara dukung.

Sesetengah bayi mempunyai posisi dukung yang digemarinya.Jika anak anda sukakan posisi tegak di bahu,jangan baringkan dia ketika mendukungnya kerana pasti dia menagis.
Apabila menegak bayi boleh melihat sekelilingnya dengan lebih baik seolah-olah berjalan dan ia penting bagi proses pembelajarannya.

10. Hiburkan Bayi

Biarpun nyanyian anda sumbang namun bagi bayi anda,andalah  penyanyi terhebat.Oleh itu ,gunakan kesempatan ini untuk menyanyikan pelbagai lagu lembut kepadanya.Terutama lagu pendidikan.

11. Menari bersama bayi

Ini antara teknik yang boleh dilakukan sekiranya ia dapat membuatkan anak anda tersenyum serta membuatkannya berhenti menagis.Ajak anak anda menari dengan gaya yang disukai kanak-kanak seperti tepuk tangan,supaya mereka terhibur tetapi pada  masa yang sama berasa rapat dengan anda.

12. Tukar pakaian bayi

Ada fabrik yang kasar pada kulit bayi hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan akhirnya bayi menagis.Oleh itu tukar pakaiannya kepada yang lebih selesa dan pastikan pakaian bayi diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas seperti kain kapas.

13. Mandikan bayi

Bayi meragam sepanjang hari mungkin berasa tidak selesa atau ruam akibat lampin.Mandikan bayi dengan sabun yang mengeluarkan bau menenangkan dan sapukan tubuhnya dengan losyen atau minyak mineral yang menghindarkan masalah ruam.

14. Urut bayi

Mengurut antara cara untuk menenagkan bayi .Sentuhan kulit ke kulit bukan saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibubapa dengan anak juga semakin raapat

15. Kurangkan rangsangan sekeliling.

Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh membuatkan bayi terganggu ,seterusnya menagis dan meragam .Bagi menenagkan bayi,cuba malapkan cahaya lampu ,asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan bunyi bising

16. Bedung bayi

Bagi bayi kecil ,mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain dan dipeluk ibubapa.Ini kerana,  bagi sikecil ini,keadaan yang terbuka menakutkan mereka.Oleh itu sebaik-baiknya bedung bayi kecil,bukan saja mereka akan berasa hangat,Ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak

17. Gunakan bunyi yang menenagkan

Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang digantung di tempat berangin

18. Beredar dan menenangkan diri

Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar,tinggalkan sekejap bayi anda di tempat yang selamat dan tenangkan diri terlebih dahulu.
Berfikir positif dan memahami bayi anda tidak melakukanya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa danmasih kecil.

19. Bawa bayi bertemu doktor

Anda juga boleh membawa bayi anda bertemu doktor kanak-kanak bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.





Semoga Artikel ini dapat membantu kita menjadi Ibu dan Bapa yang perihatin dan penyabar..Mereka Harta kita di dunia dan akhirat


No comments:

Post a Comment