Saturday, January 12, 2013

Apa itu Alfalfa?/ Khasiat Alfalfa


Alfalfa adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud “Bapa kepada semua jenis makanan”. Ia sejenis pokok herba yang juga dikenali dengan nama “Lucerne grass” dan “purple medic”(England). Alfalfa banyak dijumpai di Asia sehinggalah sekitar tahun 1850, ia dibawa dan ditanam di benua Amerika. Sehingga sekarang Alfalfa boleh didapati dengan banyak di Amerika Utara dan sebahagian benua eropah.


Dari biji benih, kulit, bunga dan daun, semuanya kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk kalsium organik, magnesium, fosforus, semua jenis vitamin yang diketahui juga Vitamin B-8 dan P yang baru ditemui. Akarnya yang sangat panjang boleh menjalar sehingga 100 kaki ke bawah dari permukaan tanah dan menjadikan ia antara yang sangat kaya dengan garam organik.


Bukan sahaja ia sangat baik untuk manusia tetapi juga berguna kepada haiwan. Rekod menunjukkan di Afrika Selatan dengan memakan alfalfa, burung unta mempunyai bulu yang lebih sihat, lembu mempunyai lebih banyak susu dan ayam bertelur lebih kerap dengan kualiti yang lebih bagus.


Dengan kuantiti dan kualiti nutrisi serta seimbang, alfalfa amat mudah diserap oleh tubuh badan. Samada daunnya dijadikan  ulam atau jus (dicampur dengan buahan lain) atau dihancur dan diminum bersama the, alfalfa akan membantu meningkatkan serta mengekalkan tahap kesihatan.



Shaklee melalui produk Alfalfa Complex, telah menjadikan daun alfalfa dalam bentuk tablet yang lebih mudah dimakan. Tablet alfalfa itu diambil dari daun pokok alfalfa yang dibesarkan tanpa sebarang racun, pestisid, hormon dan bahan kimia di California.












*Kredit kepada: Wikipedia dan www.herbfirst.com

No comments:

Post a Comment