Sunday, January 13, 2013

Nutrien Yang Baik Untuk Otak

Hai semua pengunjung blog saya,semoga anda sentiasa sihat dan bahagia seisi keluarga..Di pagi jumaat ini nak share sikit tentang nutrien yang baik untuk otak.



Keadaan gizi seorang ibu mempengaruhi perkembangan otat janin yang belum di lahirkan .Hubungan antara mikronutrien (protien,iodin,besi ,magnesium ,vitamin D,kolina dan DHA) dan kekurangan kuantiti mengakibatkan perubahan struktur dan fungsi dalam otak yang mempengaruhi pembangunan kognitif




Sumber Nutrien:

Protien

  • Kekurangan nutrisi protien mengakibatkan kekerdilan di kalangan kanak-kanak dan juga boleh menyebabkan kerosakan tisu,pemielinan,pengurangan sinaps dan pertumbuhan terbantut untuk kadar pembangunan proses kognitif.

>Susu Kacang Soya,Tauhu,Kekacang


Iodin

  • Kekurangan iodin semasa kehamilan dan awal tahun kehidupan boleh menyebabkan kemerosotan perkembangan kognitif.
>Garam Beriodin


Besi 
  • Besi diperlukan untuk sintesis hemoglobin dan memainkan pelbgai peranan dalam sistem pengutus neuro dan boleh mempengaruhi perilaku melalui kesannya ke atas metabolisme dopamin,sejenis pengutus neuro,mempunyai kesan yang penting ke atas perhatian,persepsi,memori,motivasi dan kawalan motor.Kekurangan zat besi jauga menyebabkan berkurangnya kapasiti membawa oksigen dan boleh memberikesan ke atas imuniti,pertumbuhan dan perkembangan.
 > Sayuran hijau,kekacang kering,legum,tauhu dan bijirin penuh


Magnesium dan Vitamin D
  • Magnesium memainkan peranan penting dalam metabolisme dan regulasi lonik.Suatu kajian menunjukkan bahawa Vitamin D sebagai satu faktor risiko biologi yang munasabah untuk gangguan neuropsikiatri dan mempunyai kesan langsung sendiri ke atas perkembangan otak.
  > Sayuran hijau seperti daun bayam dan buah buahan


Kolina 
  • Kolina adalah kompenen diet yang penting untuk fungsi normal semua sel. Kolina telah dikenalpasti sebagai nutrien yang diperlukan yang memainkan peranan dan perkembangan otak
  > Telur,hati ayam


Asid Dokosaheksenoik(DHA)
  • DHA sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak bayi dan juga orang dewasa dan lazimnya ditemui di dalam susu badan. Penambahan DHA dalam diet meningkatkan kemampuan belajar dan ketajaman visual,sedangkan kekurangan DHA dikaitkan dengan defisit dalam pembelajaran.
  > Bijirin flaks,minyak kanola,walnut dan kacang soya.





Sumber : Majalah Pa &Ma

No comments:

Post a Comment